BULETIN E-BOOK





KUALA TERENGGANU, 12 Jan (Bernama) , Kementerian Pelajaran akan
mengkaji terlebih dahulu keberkesanan pelaksanaan program e-Book yang
dilancarkan di Terengganu, Isnin sebelum diperluas dalam sistem pendidikan
negara, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.
Terengganu merupakan negeri perintis kepada program e-Book yang
menyediakan komputer riba kepada pelajar bagi menggantikan buku sekolah.
Ini merupakan satu perkembangan baik untuk kemajuan pendidikan yang bakal
melonjakkan lagi pencapaian Terengganu dalam bidang pendidikan. Saya
difahamkan ia agak mahal, jadi kita akan lihat dahulu bagus atau tidaknya
penggunaan e-Book ini. 'Kalau ia bagus, kita akan pertimbangkan
penggunannya untuk masa depan,' katanya pada majlis pelancaran e-Book di
sini. Alimuddin berkata keberkesanan projek tersebut hanya dapat dilihat dalam
tempoh dua tiga bulan sebaik ia mula digunakan oleh murid darjah lima di
Terengganu Mei ini. Kementerian turut melihat projek e-Book sebagai
alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat yang dihadapi muridmurid,
katanya. Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kilang pemasangan
komputer riba itu yang bernilai RM8.5 juta di kawasan Perindustrian Gong
Badak dekat sini dijangka siap Mac ini. Seramai 23,000 hingga 25,000 murid
tahun lima akan mula menerima komputer mulai Mei secara berperingkatperingkat
sebelum diperluaskan kepada murid darjah enam, empat, tiga, dua
dan satu, katanya. Beliau berkata fasa kedua program e-Book akan melibatkan
pelajar sekolah menengah Terengganu. Katanya kerajaan negeri
memperuntukkan RM30 juta setahun bagi projek tersebut. 'Setiap komputer
yang dibekalkan berharga kira-kira RM1,300 dan kita akan pastikan setiap
murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menerima e-Book
sebelum mengedarkannya ke negeri lain,' katanya. Ahmad berkata beberapa
buah negeri telah menunjukkan minat untuk melaksanakan e-Book dan
membeli komputer dari Terengganu.

Terengganu Perluas e-Book Kepada Murid Tahun 4

Pengagihan buku elektronik, e-Book kini diperluaskan kepada murid-murid tahun empat di seluruh negeri ini bagi mengukuhkan lagi proses membudayakan pembelajaran melalui maya.
Kira-kira 20,000 murid tahun 4 akan menerima pemberian secara percuma e-book dan pengagihannya secara berperingkat telah bermula semalam bagi sekolah-sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Ladang.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sejak diperkenalkan lima tahun lalu bermula dengan murid tahun enam dan lima, kerajaan negeri membelanjakan RM114 juta bagi menyediakan keperluan itu, di samping khidmat sokongan.

“Bermula tahun ini juga, kita akan mengagihkan komputer riba kepada 4,000 guru yang mengajar murid tahun 4 supaya melancarkan lagi proses pembelajaran dua hala antara guru dan murid di dalam kelas melalui penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi.

‘‘Guru yang mengajar murid tahun 4 juga akan menikmati kemudahan sama kerana penggunaan komputer riba itu lebih sesuai untuk mengajar murid yang dibekalkan e-Book," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program pengagihan e-Book kepada 7,546 murid di sini semalam, beliau berharap agar kemudahan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya melalui pemantauan ibu bapa dan warga pendidik.

E-Book, komputer mini yang dilengkapi perisian akademik mengikut sukatan Kementerian Pelajaran turut memuatkan panduan solat dan bacaan al-Quran di samping kamus.
Kerajaan negeri turut menempatkan 456 Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) di setiap sekolah seluruh Terengganu untuk tujuan menyelenggara dan membaik pulih e-Book.


Menurut beliau, kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan yang begitu besar, berjumlah lebih RM300 juta setahun untuk menggerakkan proses mengangkat kecemerlangan anak negeri melalui pendidikan dengan lebih pantas.


Program E-book Dilancar Di Terengganu

Terengganu merupakan negeri perintis kepada program e-Book yang menyediakan komputer riba kepada pelajar bagi menggantikan buku sekolah.
“Ini merupakan satu perkembangan baik untuk kemajuan pendidikan yang bakal melonjakkan lagi pencapaian Terengganu dalam bidang pendidikan. Saya difahamkan ia agak mahal, jadi kita akan lihat dahulu bagus atau tidaknya penggunaan e-Book ini.
“Kalau ia bagus, kita akan pertimbangkan penggunannya untuk masa depan,” katanya pada majlis pelancaran e-Book di sini.
Alimuddin berkata keberkesanan projek tersebut hanya dapat dilihat dalam tempoh dua tiga bulan sebaik ia mula digunakan oleh murid darjah lima di Terengganu Mei ini.
Kementerian turut melihat projek e-Book sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat yang dihadapi murid-murid, katanya.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kilang pemasangan komputer riba itu yang bernilai RM8.5 juta di kawasan Perindustrian Gong Badak dekat sini dijangka siap Mac ini.
Seramai 23,000 hingga 25,000 murid tahun lima akan mula menerima komputer mulai Mei secara berperingkat-peringkat sebelum diperluaskan kepada murid darjah enam, empat, tiga, dua dan satu, katanya.
Beliau berkata fasa kedua program e-Book akan melibatkan pelajar sekolah menengah Terengganu.
Katanya kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta setahun bagi projek tersebut.
“Setiap komputer yang dibekalkan berharga kira-kira RM1,300 dan kita akan pastikan setiap murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menerima e-Book sebelum mengedarkannya ke negeri lain,” katanya.
Ahmad berkata beberapa buah negeri telah menunjukkan minat untuk melaksanakan e-Book dan membeli komputer dari Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan